Showing posts with label Ratchathewi. Show all posts
Showing posts with label Ratchathewi. Show all posts

Kota Bharu - Sungai Kolok - Bangkok Part 4

2 bulan bai nak sambung tajuk ni...
HAHAAHA!!

Sedikit sibuk dengan tugasan harian.
Okay,sambung cerita..
Bangun pagi esok,aku terus siapkan barang -barang dan turun shopping sikit.
Rupanya,kebetulan pada hari tersebut ada opening satu Shopping Mall.. Xde la Shopping Mall besar pon..
Kecik jer....

Sebab musabab matawang Thailand naik.Kuatnya mereka bekerja.

Tapi cukup buat aku kagum pasal, Shopping Mall tu ade penjual2 yang duk bersila kat bawah..
PAda hemat aku, mungkin dia xcukup modal nak sewa kedai...
Pasal tu dia bersila kat bawah.

Bayangkan di Mid Valley atau OU ade orang kampung bersila kat tengah2 mall tu..

Pukul 8.30 pagi di Bangkok.Diorang bukak kedai ni sampai pukul 2 pagi. Gila Bekerja agaknya.


Memang aku rasa kerajaan dia ni cukup membela nasib orang yang xmampu.
Then, lepas beli 2 - 13 pasang cardigan untuk adik adik. Aku naik ke bilik...Rehat kejap.
Then, cek tix train.
SEDIH!!!!!
Salah beli tix  balik...Aduh...Ni la bahana bila terlebih excited sampai silap kira hari.
Aku lupa yang perjalanan sampai ke sini adalah satu hari..

Terpaksa la aku check out awal dan naik TUKTUK yang mahal  ke Train Station...
Memang dah xdapat tukar.
Masa aku sampai Train Station tu, nasib naik cepat.
Sempat la aku beli satu tix train yang awal.

So,lepas beli tix (Rugi dalam RM100)...
Aku pegi ke cafe area situ..Cari Kedai Makanan Halal..
Ade Satu Kedai...
Lepas siap beli nasi dan dapat Percuma bebelan siam dari penjual, aku terus ke Train..

Naik Train,Makan,Tido,Sembahyang,Tido dan benda yang sama la dibuat untuk habiskan 22 jam...
Aku tiba di Stesen Kolok pada jam 3 petang...
Terus naik motor ke sempadan dan ambik bas balik ke Kota Bharu.

Alhamdulillah..
Xde kejadian yang x diingini..
Dan pengalaman ni sangat manis...
Rasa nak pegi travel lagi sorang2...
Mungkin ke Myanmar atau Kemboja...
Insyallah..

p/s: Takziah yayanrahman sekembalinya Uwannya ke rahmatullah...Al Fatihah...


Bye Bye Krungthept. Khob Kun Kap..

Kota Bharu - Sungai Kolok - Bangkok Part 3.



Kejap..nak silang kaki atas sofa jap..okay dah..


Dah masuk hari ketiga.Maaflah yang baca part 2.Bila cek balik, kemain typo.Biasa la.Budak pemaleh memang cenggini.Maleh nak betulkan balik.Bior yolah korang poning kpalo baco..hihi..
Hari ke3..Apo mondo den buek ek? Remind jap.................
Haa..den plan nak pegi ke CHATUCHAK MARKET..Dan janji ngan pakcik tuktuk yang bagi murah semalam suh datang ambik pagi ni depan hotel.Janji kul 8.30 dengan dia.Harap2 dia xsembanggg (nada ajib cte kl gangster). Brekpez punya kisah masih macam semalam. Tapi ade awek pakai tudung sorang turun brekpez dengan slumber ye ye je amek nasi goreng.Aduhai..Ape perasaan dia makan pon aku tak tau lah..
Masa nak turun tangga pegi lobi tu, aku lalu tepi table mereka (bertiga rupanya).

"Kok bisa ke sana?"

Patut slumber bedal..Indonesia rupanya..Rasanya mereka ni kurang sensitip sikit bab agama atau orang Malaysia yang terlampau sensitip dan memilih? Xtau lah tu kan..Turun je depan hotel, tuktuk ngak tiba lagi dong.Eh, terbawak pulak bahasa seberang..Hihi..Tunggu kejap dalam 10 minit..Ponn..Ponn..Tuktuk dah sampai.Siap hon lagi..Taula kau nak kejar masa kan.Sabor ler..


Aku dengan penuh harapan naik tuktuk yang dikatakan murah ni.Tapi, harapan palsu rupanya hari ni.. Dia stop kejap tepi2 lorong tu.Macam biasa la, bukak peta.Tunjuk jauhnyaaa Chatuchak ni..Natangg nguhh..Kene aku arii nehh!! Dia nak bawak aku kedai jewelery yang lain plok..Caiss!! Bengang hoi..Aku xde pilihan..Aku upkan 'Ha Sib Bath' iaitu 50 Bath..Dia xsetuju..Aku hulur kaki nak turun sebab geram gle dah ni.Tapi, memang jadi taktik ni.Taktik ni ilham daripada brader Hud..Katanya Hud "Diorang pon bisnes, mesti takut kehilangan customer punya"...So, dari Pratunam ke Chatuchak tu 7, 8km lebih aku kena bayar 150THB..Mahal jgk la kan..Tak ape lah..Pengalaman..

Yang belah kanan tu adalah harga minyak harian. Semakin jauh bandar tu dari pelabuhan, minyak semakin Mahal..Bunyi macam adil...


Sebagai Seorang Sport Person, ni adalah contoh KELAB Bola Sepak di Thailand yang fasilitinya setaraf dengan NEGARA MALAYSIA. Improve please Malaysia!

Perjalanan ke chatuchak tu ambik masa lebih kurang 25 minit la..Jem banyak sangat.Cilok sana, Cilok sini..Sampai la juga..Benda pertama sekali aku nampak ialah..Ada 2 stesen train yang ke chatuchak.Ralat kejap.Menyesal pon ada.Tapi xpe.Pengalaman.Biar jadi bodoh untuk pengalaman.So, korang yang baca ni.Janganlah ulangi benda sama nanti.Kecuali kalau ayah korang ade stesen minyak..Tu cte lain lah..Hahaha..

Roadtax ke??


Aku cuba cari2 jgk mane signboard yabg tertulis CHATUCHAK WEEKEND MARKET yang macam aku tengok dalam blog blog aritu..Xjumpa.Btw, lupa nak bagitau.Chatucak ni bukak weekend jer.So, amatlah ramai sebab local pon datang sini jugak..Mungkin therapy bagi mereka.Keluasan Chatuchak ni dikatakan sebesar 4 biji padang bola sepak.Ukuran standard padang bola la.Bukan padang bola kat taman perumahan yang dah disodok angkara rakuskan keuntungan dan pembangunan.Tu kecik.Memang besar gle la kan.Terbesar di Asia Tenggara rasanya..Atau nama lainnya ialah JJ..Sebab kalau tengok pada merchandise tu ejaan dia JATUJAK not CHATUCHAK..

Handmade dari seorang lelaki..Bukan lelaki lembut..Tetapi macho...Kedai ni hanya part time dia pada weekend..

Okay.Sambung cerita.Melangkah masuk ke chatuchak ni.Aku memang suka underestimate sesuatu benda untuk menimbulkan sesuatu yang mengujakan diri nanti.Kedai kedai kat sini dah mula bukak pukul 9 cemtu..Pukul 9.30 tu dah hampir 80% kedai dah siap sedia menjual produk mereka.Aku round2 kawasan luar tu.Dari tower toilet satu sampai 4.Kecik jer..Tak besar pon..Okay..Mula menjelajah ke dalam kawasan kedai..Memang besar gle wei..Inilah padahnya ble selalu pikir macam tu..Haha..Tapi best..kau akan senyum sorang2 sebab teruja . Hihihi.. Kat sini dia dah susun cantik2..Kau berjalan dari kawasan ke kawasan tu..Kau akan perasan, dia dah bagi2 kawasan..Contohnya, nak beli baju..kawasan baju.Nak beli perhiasan rumah.Kawasan perhiasan rumah.Nak berbundle, kawasan bundle.Kasut bundle Adidas kat sini dalam 30inggit cmtu la..Dan aku beli baju lacoste condition Wawa Zainal..5 hinggit jer.
Sambil2 berjalan tu, aku ada survey jugak kedai makanan halal.Ade satu kedai Nasi Briyani kat tengah2 dari kawasan luar ke kawasan dalam. Pukul 12 tu..Hujan dah mula turun dengan lebat.Aku dah agak, mesti ujan pagi ni.So, terpaksa la basah kan kasut sambil cari kedai flip flop.Aduhh..

Tak berkenan betul..Macam mana sistem perparitan dekat tempat tumpuan pelancong macam ni?Erghh...Iyark!

Sape bising berebut LV tu?Ni haa...Sebijik Copy...Katanya, the best copy..Menangis Retis Malaysia...




Wak Doyok?Hahaha...


Kalau korang datang sini, jangan lupa try air jus oren segar mereka.Tersangatlah fresh tapi survey la dulu.Ada kedai 5 ringgit botol besar ade kedai 4 ringgit.Aku dah puas pusing baru aku beli. Sampai waktu lunch, aku terus menuju ke kedai nasi briyani tu ler.Haa..Ni nak cte ni..30 minit aku cari xjumpa wehh..So, dapat imaging tak btapa besar nye JJ ni?Pusing la dalam keadaan perut memberontak..Akhirnya, jumpa jugak..Stop then order la.Duduk kejap rehatkan muscle..Enjoy the lunch dengan air teh thailand.Lupa nama apa.Pon sedap jugak.Nasi briyani dia.Pon boleh tahan.Mungkin sebab abang kau ni dah kevulurr sangat.Duk tengah sedap makan tu, ade awek siam datang order duk sebelah.Eh? Awek siam makan nasi briyani.Okay..Maaflah.Aku cuba stalk ala2 cte omputeh untuk tau id dia..Dia bukak beg duit nak bayar.Kantoi kad biru iaitu IC malaysia.Lantas aku tanya..From Malaysia?
Mulalah perbualan..pum.pam.pum.pam.Sinopsis perbualan tu..Nama dia shima dari KL.Kawin dengan Singaporean dan husband dia keje kat Bangkok.Dia cakap, harga kat sini murah dan kalau ada kawan siam pon.Harga tetap akan sama.Dan kalau boleh kurang setakat 10thb jer iaitu singgit..Okay dah siap makan.Say goodbye sambil ambik no contact.Ok bye shima.Nice to meet you.

Shima kat sebelah tu makan sama macam aku jugak...Tiru letewww!

Aku terus pusing2 dalam keadaan basah tak basah la..Air memang sparuh betis dah.Best betol.Hohoho..Jumpa satu kedai jual haiwan.Gila comel nak mampuih anak kucing warna kelabu tu..Tapi sayang, xleh amek gmbar..Dakpe laa...Kaki dah penat gle..Badan pon dah penat sangat nak force. Cari jalan kuar terdekat untuk ke stesen BTS..

3 jam selepas hujan...Air ni mane datang xtau lah..Mula2 geli,lama2 jd suka..Sebab kutip pengalaman...

Berjalan je la dalam air kotor tu..Sampai lalu satu taman, dan depan tu ade BTS. Berpusu pusu lagi orang turun dari station tu nak ke JJ tu..Aku naik, tukar syiling dan beli tikey..Memang jimat la kan..37THB jer..Kalau korang perasan, kebanyakan train tambang dia 37THB jer..dia memang macam tu..3 stesen pertama, harga sama.3 stesen seterusnya harga lain plokk..Lupa nak bagitau, kalau nak naik BTS..Korang kena turun dekat BTS MO CHIT.Ingat tu..MO CHIT. Kalau yang kena tukar train, , macam biasa la..Tukar kat SIAM. Aku ni menuju ke RATCHATHEWI.. Masa atas train, ade aku ambik satu gambar yang KFC sana delivery pakai train? Power x? Haha..Tengok gambar kat bawah nanti.. Sampai je stesen..Jalan kaki balik hotel.Rehat kat lobi..kering2 badan dulu before naik..

Kalau naik train boleh minimumkan kos dan lebih efektif..Apa salahnya..Kan?




Sampai bilik, Mandi, Solat dan tidur kejap. Tengahari tu aku turun ke PRATUNAM MARKET dan beli barang2 yang aku dah target kedainya.Malam tu pegi Platinum Mall dan Jalan kaki ke Fareeda Fatoni..Xjauh sangat pon kalau berjalan.Sambil2 tengok orang2 jual2 tepi jalan..
Sampai Kedai Makan, order sedap sikit arini.
Nasi Puteh + Tomyam + Parprik Ayam + Telur Dadar..Tomyam kat sini, dia letak santan sikit tapi xmuak sangatla..Sejujurnya dari lidah aku..Tomyam di Kelantan lagi sedap..Tapi, korang kalau datang.Boleh try.Lidah lain, Citarasa pon lain.200M dari Fareeda Fatoni ni ade kedai makan Mak Yah (atau Kak Yah..Aku lupa la nama.Sorry).Juga halal. Malam ni aku kena 170THB..Sebab mereka memang masak banyak. Telur Dadar tu boleh makan 4 orang kot..Dah siap makan, ade pakcik askar datang duk sebelah aku.Dia datang sebab aku duk meja luar.Dia datang nak merokok jer.Okay.Aku stat tanya la.Namanya Kamal..Askar.Asal Patani.Sebab tu dia boleh cakap Melayu pelat siam kelantan.Dia pesan, lain kali datang duduk rumah sewa dekat masjid.Ada orang Islam bagi sewa.Boleh duduk 3 orang satu bilik.50 je sehari siap toilet dalam bilik tu..Ada katil lagi.Menarik la..Insyallah, next trip aku akan duk situ..
Okay, bagi salam dan selamat kat Pakcik Kamal.Semoga permohonan tukar dia diluluskan sebelum akhir tahun ni.Insyallah.Amin.
Aku berjalan kaki balik hotel.Sampai hotel,Mandi.Solat.Tido dengan amat nyenyak sekali sampai subuh gajah.Penat sangat aku agak kali ni.Sekian.


Rujukan : 10 Bath = RM1...Murah ke x? Boleh pilih kau nak minion ke mini cooper ke atau bas mini chow kit...


Special P/S: Good Luck The Red Warriors.Semoga Berjaya menewaskan JDT di This is Laken. Saya xbodoh.Pakcik ni dayus..Lelaki dayus..






Benda Paling Xperlu Baca...

--Single

--Teruja dengan Adidas

--Bercita - cita memiliki seekor anak harimau untuk dipelihara selama seminggu

--Student Sport Management UiTM

--Nokia, Blackberry dan School of Upax

--Suka bunyi Kapal Terbang.zzzuuuuu......

--Suka Ponteng Kelas n pegi Klinik cari MC...

--Suka..suka...suka...

Kemusykilan Disini Jawapan

Yahoo Messenger Wontoron

Wontoron Pianunam

Wontoron Pianunam

Sesat kalo follow blog ni..haha