DIETT??
HAHAHAHA...Satu perkataan yang ramai golongan wanita dan obesity guna pakai untuk menipu..HOW?
"Esok,aku nak start diet!"
"Aku dah xnak makan ayam,nanti gemuk"
"Nasi sikit + sayur sahaja..Mesti boleh kurus"
"Eh,aku dah tak makan MCD,KFC, dan sealiran dengannya"
"Aku nak start jogging 30 minit sehari selama setahun"
Kencing + Penipu kemain kan korang2 semua ni..Hahahaha..Walhal,diet memerlukan satu pengorbanan yang besar.
Disiplin,Attitude,Nafsu..Semua perlu diperkuatkan sebelum korang memulakan diet!
Aku sendiri pun dah banyak kali gagal dek kerana bau ayam goreng Nasi Kukus belakang umah aku ni..Grrr! <-- Alasan!!
Ape kaitan dengan "30 Hari Diet Untuk Aidilfitri Yang Hensem dan Menawan" dalam blog aku ni?
Aku mencari seorang atau rakan - rakan bloggers yang nak diet bersama aku. Dalam kita nak diet ni, memerlukan satu motivasi yang hebat!
Yeah!Hebat!
Tak kisah la motivasi dari ibubapa, seorang rakan, teman wanita, teman lelaki, dan sebagainya.
Maka aku pilih untuk mencari teman bloggers...
Macam mana?
Sebelum start 1st terawih, korang post la satu cerita pasal berat badan korang sekarang berapa(Jujurla kalau nak kepuasan pada posting yang terkahir nanti)..Dan kenapa korang nak sangat diet?Ape sebab?Dan, ape target berat badan yang korang nak capai nanti?
1st - 30th day Ramadhan, korang post la crita hari2 korang makan apa...Then, apa yang korang buat setiap hari untuk membakar lemak lemak yang 'hina' dalam badan korang tu...Dan semestinya ada cabaran..State kan sekali cabaran harian yang korang kena hadapi untuk meneruskan program diet 30 hari ni..
Dan aku sendiri pun ingat nak post video n gambar2 ke sikit untuk lebih menarik nanti...
Korang kena la timbang berat badan korang 5 hari sekali untuk tengok kesan dia nanti...Terpulangla nak tulis ke tak dalam post2 korang nanti...
Aku ingat nak tulis berat badan yang berubah setiap 10 hari...
Dan last post korang adalah pada hari terakhir korang puasa...Aku harap korang2 yang nak bergembira pada malam tersebut ada sedikit masa untuk post..Paling tidak pun, berat badan yang korang dapat untuk 30 hari selepas Ramadhan..
Hadiah?
Kepuasan diri adalah suatu hadiah yang menarik.Kan?
Last sekali,aku tau blog aku bukanlah sefemes blog2 lain.So, aku x expect untuk mendapat sambutan hangat apa yang aku sarankan ini.Tapi, Insyallah..Aku akan update blog aku ni setiap hari aktiviti masa puasa..Kalau korang xsuka,pegi mampos!kihkihkih...
Untuk rekod(mak aih,ayat zainal abidin rawop nieh), aku pernah menurunkan berat badan sebanyak 5 kg dalam masa 7 hari..Tapi, lepas tu aku demam..Hahahaha..Gila ape xdemam,hari2 makan roti sahaja + berjalan kaki atau berjogging 3km.
Aku akan cuba untuk merealisasikan impian aku untuk diet di Bulan yang penuh keberkatan ini...
P/S: BULAN RAMADHAN ADALAH BULAN TERBAIK UNTUK KORANG BUAT PROGRAM BURNFAT!
MOHON SHARE KEPADA OBESITY DAN MEREKA YANG INGIN DIET DI LUAR SANA..SHARE ANDA SAYA DAHULUI DENGAN TERIMA KASIH!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

