Makcik kuih yang buatku tersenyum..

Satu petang dikala pulang dari kerja...Singgah sebentar beli kuih untuk dinner..

Aku : Sedap x kuih ni?
Makcik: Sedap dik,kalau makan..Sampai xsedar mak mertua lalu..
Aku : Xkawin lagi la makcik..
Makcik: Ehehehe..xde mertua lagi lah ni..Muda lagi lah..

*suasana sepi seketika dan dikacau bunyi - bunyian pengepit kuih berlaga - laga dengan loyang kuih*

Aku : Berapa?
Makcik : 4 inggit dik.

*Urusan jual beli sedang berlaku*

Aku : Terima Kasih cik..

*tiba-tiba*

Makcik : Muda² pon,dah kena cari calon la dik *sambil hulur balance,sambil tgk mata*

Aku : (Senyum dan berlalu pergi)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Setia yang tiada titik noktah..

Hmmm..
Ape kesudahan jalan cerita yang aku lalui ni?
Berpisah..Berjumpa..Berpisah..Berjumpa..Berpisah..Berjumpa..
Lama sangat dah kisah ni..
Dah macam sinetron indon petang2..
Ulang skrip yang sama je..
Hakikatnya,benda xkan balik pada asal..
Aku yang xfaham..atau aku rela dipermainkan?
Harusnya..Jalan yang terbaik adalah melupakan..
Apa yang tersisa, dibina jalan meneruskan masa depan..

Kalau begini kisahnya,alamat akan berulang lagi kesedihan lama..
Bukan kau xtau..Kau hanya skandal dimatanya..
Kekasih gelap dihatinya..
Yang utama,bukan kau..
Yang lain..
Kau hanya semut kecil..
Apa kau masih buta?

Ini bukan cerita Shah Rukh Khan untuk melihat hero bollywood datang pada scene terakhir..
Ini hanya drama kisah perit dan getir mencintai wanita yang tak pernah menilai kau dari sudut pengorbanan..
Bukan secubit garam atau sepotong hempedu yang kau telan selama ni..
Malah lebih dari itu kau lakukan..
Apakah engkau tidak redha dengan nasib kau?
Tidak semua orang mampu memiliki madu yang diimpikan..
Ada yang ditentukan kemanisan dari kurniaan yang lain..
Rezeki dan jodoh masih ada..
Ianya ketentuan Illahi..
Apa yang kau bimbangkan sebenarnya?
Apa yang kau kejarkan sebenarnya?
Simpan saja perasaan kau itu..
Cukuplah dengan apa yang berlaku selama ini untuk memberi kau jalan baru..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hari Sabetu..

Semalam hari Jumaat..
Bersihkan kereta....Hantar kereta pegi cuci.Buang semua tin air,tin susu,tin milo...Susun kasut2 dalam kereta cantik2..

Hari ini Hari Sabetu..
Bangun pagi2,segarkan badan...
Lap cermin kereta...
Letak perfume bau bunga2 cket..
Hensem nampak kereta..
Memang sesuai nak pegi open house Tun Mahathir dkat The Mines..
Errm...

Pukul 4 hari Sabtu..Hari Minggu..
Oh,xpegi rumah Tun Mahathir..
Tertido sebab lama sangat menunggu..
Hmmm...
Tak Apelah..Kita tengok agenda esok pula..

P|S: sape2 ade no FAM?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Married

Lupakan pasal diet,kita berbicara perihal sesuatu yang romantic dan sarcastic..

Perkahwinan adalah satu tahap baru bagi seorang manusia xkira jantina..
Semua orang mengimpikan perkahwinan yang gemilang..Yang berkekalan hingga ke syurga..
Ada yang couple 12 tahun lepas tu kawin..
Ada yang couple 2 minggu lepas tu kawin..
Ada yang xcouple tapi kawin..Mungkin pilihan keluarga..
Okay la macam tu kan..Sweet jugak kadang2 tu..

Tapi,jangan pikir couple 10 tahun akan menjamin pengakhiran dengan sebuah perkahwinan..
So,jangan nak 'All Out' sangat..Nanti menangis xberlagu pula..hehehehe..
Sebabnya, perkahwinan ni,melibatkan satu perkara iaitu Jodoh..
Jodoh ni salah satu Rahsia Allah..
So,kalau dah Rahsia Allah,dia xsama dengan rahsia manusia yang boleh risik2 nak tau..
Sampai masa yang sesuai,kita akan tau siapa yang Allah hadiahkan untuk kita..

Macam aku jugak dlu..kemain all out..
Siap pikir nak kawin pkai tema jawa lagi..kemainnn!Jawa lah sangat..
Nampak sangat budak2 yang xpkir jodoh tu adalah sesuatu yang xpasti..
Lucu pula ble ingat2 balik..
Cuma,aku xsmpai tahap bangang yang comel bbincang pasal nama anak masa couple sekolah2 dulu..hahaha..

Balik pasal kahwin tadi..
Aku rasa di umur 24 ni..adalah wajar untuk aku pikir semua ni..
Sebab aku percaya,dengan berstatus married ini akan membawa perkara - perkara baik dalam diri..
Kalau sebelum kawin solat tu kurang memuaskan..Lepas kawin tu aku rasa mesti akan jadi perfect 5 walaupun lambat macam mana sekalipun..
Kawin pilihan keluarga ni kadang2,best jgk..
Boleh mengorat balik isteri kita tu kan..
Comel jgk tu..
Cuma gamble la dengan perangai dia yang kita xtau..

Dalam ramai - ramai wanita seluruh dunia yang aku kenal..
Macam2 ada..
Yang pesen amek ati untuk sesuatu pon ada..
Yang pesen mencari ble memerlukan pon ada..
Yang pesen terlebih caring pon ada..
Yang pesen kedekut xnak kalah pon ada..
Yang pesen bertanggungjawab pon ada..
Yang paling xleh blah,yang pesen pentingkan diri sendiri..Asal dia senang,orang lain susah..kira boleh..puii!

Walau apa pun perangai kau sekarang..Walau kau xcantik luaran..Aku berdoa pada tuhan yang memahami sbagaimananya aku diciptakan..Yang maha tahu bila rusukku disempurnakan menjadi seorang wanita..Agar memberi yang terbaik untuk membantuku membawa keluargaku..Hingga ke syurga..Insyallah..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Benda Paling Xperlu Baca...

--Single

--Teruja dengan Adidas

--Bercita - cita memiliki seekor anak harimau untuk dipelihara selama seminggu

--Student Sport Management UiTM

--Nokia, Blackberry dan School of Upax

--Suka bunyi Kapal Terbang.zzzuuuuu......

--Suka Ponteng Kelas n pegi Klinik cari MC...

--Suka..suka...suka...

Kemusykilan Disini Jawapan

Yahoo Messenger Wontoron

Wontoron Pianunam

Wontoron Pianunam

Sesat kalo follow blog ni..haha