Kota Bharu - Sungai Kolok - Bangkok Part 4

2 bulan bai nak sambung tajuk ni...
HAHAAHA!!

Sedikit sibuk dengan tugasan harian.
Okay,sambung cerita..
Bangun pagi esok,aku terus siapkan barang -barang dan turun shopping sikit.
Rupanya,kebetulan pada hari tersebut ada opening satu Shopping Mall.. Xde la Shopping Mall besar pon..
Kecik jer....

Sebab musabab matawang Thailand naik.Kuatnya mereka bekerja.

Tapi cukup buat aku kagum pasal, Shopping Mall tu ade penjual2 yang duk bersila kat bawah..
PAda hemat aku, mungkin dia xcukup modal nak sewa kedai...
Pasal tu dia bersila kat bawah.

Bayangkan di Mid Valley atau OU ade orang kampung bersila kat tengah2 mall tu..

Pukul 8.30 pagi di Bangkok.Diorang bukak kedai ni sampai pukul 2 pagi. Gila Bekerja agaknya.


Memang aku rasa kerajaan dia ni cukup membela nasib orang yang xmampu.
Then, lepas beli 2 - 13 pasang cardigan untuk adik adik. Aku naik ke bilik...Rehat kejap.
Then, cek tix train.
SEDIH!!!!!
Salah beli tix  balik...Aduh...Ni la bahana bila terlebih excited sampai silap kira hari.
Aku lupa yang perjalanan sampai ke sini adalah satu hari..

Terpaksa la aku check out awal dan naik TUKTUK yang mahal  ke Train Station...
Memang dah xdapat tukar.
Masa aku sampai Train Station tu, nasib naik cepat.
Sempat la aku beli satu tix train yang awal.

So,lepas beli tix (Rugi dalam RM100)...
Aku pegi ke cafe area situ..Cari Kedai Makanan Halal..
Ade Satu Kedai...
Lepas siap beli nasi dan dapat Percuma bebelan siam dari penjual, aku terus ke Train..

Naik Train,Makan,Tido,Sembahyang,Tido dan benda yang sama la dibuat untuk habiskan 22 jam...
Aku tiba di Stesen Kolok pada jam 3 petang...
Terus naik motor ke sempadan dan ambik bas balik ke Kota Bharu.

Alhamdulillah..
Xde kejadian yang x diingini..
Dan pengalaman ni sangat manis...
Rasa nak pegi travel lagi sorang2...
Mungkin ke Myanmar atau Kemboja...
Insyallah..

p/s: Takziah yayanrahman sekembalinya Uwannya ke rahmatullah...Al Fatihah...


Bye Bye Krungthept. Khob Kun Kap..

Kota Bharu - Sungai Kolok - Bangkok Part 3.



Kejap..nak silang kaki atas sofa jap..okay dah..


Dah masuk hari ketiga.Maaflah yang baca part 2.Bila cek balik, kemain typo.Biasa la.Budak pemaleh memang cenggini.Maleh nak betulkan balik.Bior yolah korang poning kpalo baco..hihi..
Hari ke3..Apo mondo den buek ek? Remind jap.................
Haa..den plan nak pegi ke CHATUCHAK MARKET..Dan janji ngan pakcik tuktuk yang bagi murah semalam suh datang ambik pagi ni depan hotel.Janji kul 8.30 dengan dia.Harap2 dia xsembanggg (nada ajib cte kl gangster). Brekpez punya kisah masih macam semalam. Tapi ade awek pakai tudung sorang turun brekpez dengan slumber ye ye je amek nasi goreng.Aduhai..Ape perasaan dia makan pon aku tak tau lah..
Masa nak turun tangga pegi lobi tu, aku lalu tepi table mereka (bertiga rupanya).

"Kok bisa ke sana?"

Patut slumber bedal..Indonesia rupanya..Rasanya mereka ni kurang sensitip sikit bab agama atau orang Malaysia yang terlampau sensitip dan memilih? Xtau lah tu kan..Turun je depan hotel, tuktuk ngak tiba lagi dong.Eh, terbawak pulak bahasa seberang..Hihi..Tunggu kejap dalam 10 minit..Ponn..Ponn..Tuktuk dah sampai.Siap hon lagi..Taula kau nak kejar masa kan.Sabor ler..


Aku dengan penuh harapan naik tuktuk yang dikatakan murah ni.Tapi, harapan palsu rupanya hari ni.. Dia stop kejap tepi2 lorong tu.Macam biasa la, bukak peta.Tunjuk jauhnyaaa Chatuchak ni..Natangg nguhh..Kene aku arii nehh!! Dia nak bawak aku kedai jewelery yang lain plok..Caiss!! Bengang hoi..Aku xde pilihan..Aku upkan 'Ha Sib Bath' iaitu 50 Bath..Dia xsetuju..Aku hulur kaki nak turun sebab geram gle dah ni.Tapi, memang jadi taktik ni.Taktik ni ilham daripada brader Hud..Katanya Hud "Diorang pon bisnes, mesti takut kehilangan customer punya"...So, dari Pratunam ke Chatuchak tu 7, 8km lebih aku kena bayar 150THB..Mahal jgk la kan..Tak ape lah..Pengalaman..

Yang belah kanan tu adalah harga minyak harian. Semakin jauh bandar tu dari pelabuhan, minyak semakin Mahal..Bunyi macam adil...


Sebagai Seorang Sport Person, ni adalah contoh KELAB Bola Sepak di Thailand yang fasilitinya setaraf dengan NEGARA MALAYSIA. Improve please Malaysia!

Perjalanan ke chatuchak tu ambik masa lebih kurang 25 minit la..Jem banyak sangat.Cilok sana, Cilok sini..Sampai la juga..Benda pertama sekali aku nampak ialah..Ada 2 stesen train yang ke chatuchak.Ralat kejap.Menyesal pon ada.Tapi xpe.Pengalaman.Biar jadi bodoh untuk pengalaman.So, korang yang baca ni.Janganlah ulangi benda sama nanti.Kecuali kalau ayah korang ade stesen minyak..Tu cte lain lah..Hahaha..

Roadtax ke??


Aku cuba cari2 jgk mane signboard yabg tertulis CHATUCHAK WEEKEND MARKET yang macam aku tengok dalam blog blog aritu..Xjumpa.Btw, lupa nak bagitau.Chatucak ni bukak weekend jer.So, amatlah ramai sebab local pon datang sini jugak..Mungkin therapy bagi mereka.Keluasan Chatuchak ni dikatakan sebesar 4 biji padang bola sepak.Ukuran standard padang bola la.Bukan padang bola kat taman perumahan yang dah disodok angkara rakuskan keuntungan dan pembangunan.Tu kecik.Memang besar gle la kan.Terbesar di Asia Tenggara rasanya..Atau nama lainnya ialah JJ..Sebab kalau tengok pada merchandise tu ejaan dia JATUJAK not CHATUCHAK..

Handmade dari seorang lelaki..Bukan lelaki lembut..Tetapi macho...Kedai ni hanya part time dia pada weekend..

Okay.Sambung cerita.Melangkah masuk ke chatuchak ni.Aku memang suka underestimate sesuatu benda untuk menimbulkan sesuatu yang mengujakan diri nanti.Kedai kedai kat sini dah mula bukak pukul 9 cemtu..Pukul 9.30 tu dah hampir 80% kedai dah siap sedia menjual produk mereka.Aku round2 kawasan luar tu.Dari tower toilet satu sampai 4.Kecik jer..Tak besar pon..Okay..Mula menjelajah ke dalam kawasan kedai..Memang besar gle wei..Inilah padahnya ble selalu pikir macam tu..Haha..Tapi best..kau akan senyum sorang2 sebab teruja . Hihihi.. Kat sini dia dah susun cantik2..Kau berjalan dari kawasan ke kawasan tu..Kau akan perasan, dia dah bagi2 kawasan..Contohnya, nak beli baju..kawasan baju.Nak beli perhiasan rumah.Kawasan perhiasan rumah.Nak berbundle, kawasan bundle.Kasut bundle Adidas kat sini dalam 30inggit cmtu la..Dan aku beli baju lacoste condition Wawa Zainal..5 hinggit jer.
Sambil2 berjalan tu, aku ada survey jugak kedai makanan halal.Ade satu kedai Nasi Briyani kat tengah2 dari kawasan luar ke kawasan dalam. Pukul 12 tu..Hujan dah mula turun dengan lebat.Aku dah agak, mesti ujan pagi ni.So, terpaksa la basah kan kasut sambil cari kedai flip flop.Aduhh..

Tak berkenan betul..Macam mana sistem perparitan dekat tempat tumpuan pelancong macam ni?Erghh...Iyark!

Sape bising berebut LV tu?Ni haa...Sebijik Copy...Katanya, the best copy..Menangis Retis Malaysia...




Wak Doyok?Hahaha...


Kalau korang datang sini, jangan lupa try air jus oren segar mereka.Tersangatlah fresh tapi survey la dulu.Ada kedai 5 ringgit botol besar ade kedai 4 ringgit.Aku dah puas pusing baru aku beli. Sampai waktu lunch, aku terus menuju ke kedai nasi briyani tu ler.Haa..Ni nak cte ni..30 minit aku cari xjumpa wehh..So, dapat imaging tak btapa besar nye JJ ni?Pusing la dalam keadaan perut memberontak..Akhirnya, jumpa jugak..Stop then order la.Duduk kejap rehatkan muscle..Enjoy the lunch dengan air teh thailand.Lupa nama apa.Pon sedap jugak.Nasi briyani dia.Pon boleh tahan.Mungkin sebab abang kau ni dah kevulurr sangat.Duk tengah sedap makan tu, ade awek siam datang order duk sebelah.Eh? Awek siam makan nasi briyani.Okay..Maaflah.Aku cuba stalk ala2 cte omputeh untuk tau id dia..Dia bukak beg duit nak bayar.Kantoi kad biru iaitu IC malaysia.Lantas aku tanya..From Malaysia?
Mulalah perbualan..pum.pam.pum.pam.Sinopsis perbualan tu..Nama dia shima dari KL.Kawin dengan Singaporean dan husband dia keje kat Bangkok.Dia cakap, harga kat sini murah dan kalau ada kawan siam pon.Harga tetap akan sama.Dan kalau boleh kurang setakat 10thb jer iaitu singgit..Okay dah siap makan.Say goodbye sambil ambik no contact.Ok bye shima.Nice to meet you.

Shima kat sebelah tu makan sama macam aku jugak...Tiru letewww!

Aku terus pusing2 dalam keadaan basah tak basah la..Air memang sparuh betis dah.Best betol.Hohoho..Jumpa satu kedai jual haiwan.Gila comel nak mampuih anak kucing warna kelabu tu..Tapi sayang, xleh amek gmbar..Dakpe laa...Kaki dah penat gle..Badan pon dah penat sangat nak force. Cari jalan kuar terdekat untuk ke stesen BTS..

3 jam selepas hujan...Air ni mane datang xtau lah..Mula2 geli,lama2 jd suka..Sebab kutip pengalaman...

Berjalan je la dalam air kotor tu..Sampai lalu satu taman, dan depan tu ade BTS. Berpusu pusu lagi orang turun dari station tu nak ke JJ tu..Aku naik, tukar syiling dan beli tikey..Memang jimat la kan..37THB jer..Kalau korang perasan, kebanyakan train tambang dia 37THB jer..dia memang macam tu..3 stesen pertama, harga sama.3 stesen seterusnya harga lain plokk..Lupa nak bagitau, kalau nak naik BTS..Korang kena turun dekat BTS MO CHIT.Ingat tu..MO CHIT. Kalau yang kena tukar train, , macam biasa la..Tukar kat SIAM. Aku ni menuju ke RATCHATHEWI.. Masa atas train, ade aku ambik satu gambar yang KFC sana delivery pakai train? Power x? Haha..Tengok gambar kat bawah nanti.. Sampai je stesen..Jalan kaki balik hotel.Rehat kat lobi..kering2 badan dulu before naik..

Kalau naik train boleh minimumkan kos dan lebih efektif..Apa salahnya..Kan?




Sampai bilik, Mandi, Solat dan tidur kejap. Tengahari tu aku turun ke PRATUNAM MARKET dan beli barang2 yang aku dah target kedainya.Malam tu pegi Platinum Mall dan Jalan kaki ke Fareeda Fatoni..Xjauh sangat pon kalau berjalan.Sambil2 tengok orang2 jual2 tepi jalan..
Sampai Kedai Makan, order sedap sikit arini.
Nasi Puteh + Tomyam + Parprik Ayam + Telur Dadar..Tomyam kat sini, dia letak santan sikit tapi xmuak sangatla..Sejujurnya dari lidah aku..Tomyam di Kelantan lagi sedap..Tapi, korang kalau datang.Boleh try.Lidah lain, Citarasa pon lain.200M dari Fareeda Fatoni ni ade kedai makan Mak Yah (atau Kak Yah..Aku lupa la nama.Sorry).Juga halal. Malam ni aku kena 170THB..Sebab mereka memang masak banyak. Telur Dadar tu boleh makan 4 orang kot..Dah siap makan, ade pakcik askar datang duk sebelah aku.Dia datang sebab aku duk meja luar.Dia datang nak merokok jer.Okay.Aku stat tanya la.Namanya Kamal..Askar.Asal Patani.Sebab tu dia boleh cakap Melayu pelat siam kelantan.Dia pesan, lain kali datang duduk rumah sewa dekat masjid.Ada orang Islam bagi sewa.Boleh duduk 3 orang satu bilik.50 je sehari siap toilet dalam bilik tu..Ada katil lagi.Menarik la..Insyallah, next trip aku akan duk situ..
Okay, bagi salam dan selamat kat Pakcik Kamal.Semoga permohonan tukar dia diluluskan sebelum akhir tahun ni.Insyallah.Amin.
Aku berjalan kaki balik hotel.Sampai hotel,Mandi.Solat.Tido dengan amat nyenyak sekali sampai subuh gajah.Penat sangat aku agak kali ni.Sekian.


Rujukan : 10 Bath = RM1...Murah ke x? Boleh pilih kau nak minion ke mini cooper ke atau bas mini chow kit...


Special P/S: Good Luck The Red Warriors.Semoga Berjaya menewaskan JDT di This is Laken. Saya xbodoh.Pakcik ni dayus..Lelaki dayus..






Kota Bharu - Sungai Kolok - Bangkok Part 2.

Kejap..Bakar Rokok Sebatang..Baru aku sambung tulis..


Okay.Hari ketiga lah ni tapi hari kedua di Bangkok. Bangun subuh awal sbb kunci jam.. Lepas tu, aku terus tarik langsir tingkap sebab biar sedar awal masa matahari dah naik nanti..Pukul 8 tu, aku bangun turun brekpez..Hotel ni pelik ckit, xde kupon brekpez..So, untung la kalau kau pandai seludup masuk kawan2 datang..
Seperti yang dijangka, memang akan ada satu trail yang tertulis "Pork".. Hmm..Biasa lah tu pesannya pakcik aku..Ini Thailand, bukan Malaysia.. Aku lalu jer depan table brekpez tu..Ada sayur, telur, hotdog ayam dan nasi goreng..Tak lalu nak mkan bnda2 lain..So aku decide untuk merembat telur dengan roti dan scebis sayur. Playsafe katanya KJ.

Control Macho makan ala ala hingelish...

Tapi, roti tu 6, 7 keping la aku makan..Biasa la nokk..Anak perantau nak jimat kos..Xpayah nak pikiaq pasal lunch dah nanti..hehe..

Hye..iteww pon nak selfie gak..Aumm..Aumm..
Lepas brekpez, aku turun berjalan jalan dekat lobi dan luar hotel..Memang tuktukers ni rajin mencari rezeki..aku syak mereka ni tido kat atas tuktuk jer kot.Aku bukak tripadvisor..Tengok 3 tempat yang aku nak tuju arini..PLATINUM FASHION MALL, PRATUNAM MARKET dan MBK.MBK tu jauh dia memang boleh tahan..Tapi, kalau travel ramai ramai..Boleh la jalan dalam 4km jer..Kalau sorang ni..Macam bosan lah..
Berjalan jalan la dekat Pratunam Market tu..Mula2 tu macam sesat sebab aku terlampau bergantung dekat Gmaps dan trip advisor..Ikut jer..Last sekali, aku rasa sangsi la..Aku tanya jer bangla yang tengah sibuk nak bukak kedai tu..Dia cakap, Pratunam tu dekat area situlah..Kawasan dia dari BAIYOKE TOWER 1 sampai BAIYOKE TOWER 2...bunyi macam besar kan? Okay..teruskan membaca..
Aku pon tengok la kawasan kat situ? Kejadah ape yang besar..kecik je..macam pasar malam..Mengecewakan la bila tengok tempat tu..Rasa macam dimomokkan jer..Aku pon pusing2 lagi...Lepas setengah jam, baru aku tau..Besar gle kawasan ni..Kat sini banyak "soi" atau lorong..Dari luar kita tengok bangunan, padahal belakang bangunan tu ade kawasan orang bukak khemah2 nak menjual..Tapi, memang besar..Susah nak explain..Banyak plaza kat sini..Ada satu tu macam Pertama Complex namanya Indra Square..Tapi, yang bestnya..Harga dalam tu murah jugak dan beraircond serta lebih banyak pilihan..Harga beza dalam 10 - 15 THB iaitu dalam RM1 - RM 2..Banyak jugak tu..Tapi, kalau nak selesa..Silakan.
Aku sauk 2, 3 barang terus pegi Platinum Fashion Mall sebab sekangkang itik jer dari Pratunam tu..Saje pergi untuk buat deep survey sikit..Xlama aku dekat Platinum, sekadar tanya2 harga dan senyum2 kat awek siam..Kikikiki..
Turun tu, perut mula berkeroncong sebab dah pukul 1..Tapi minda dah set tadi, lunch xpayah..Datang bukan nak makan.Kat malaysia lagi banyak makanan..Hehe...
Balik bilik kejap..Mandi, Jama' dan rehat 30 minit..Ni la untungnya cari hotel atau penginapan yang strategic..Boleh balik kejap untuk letak barang before pegi ke tempat lain..Dan mandi..Kang busuk kang..Orang kedai xkasi harga cun..
Turun tu, aku ingat nak naik train je lah dekat BTS Ratchathewi..37 THB jer..Aku macam biasa..On DSLR..Snap 2,13 keping..Tup Tup ade TukTuk stop offer service 10THB untuk round bangkok selama sejam?Kiranya Singgit je la..Air tin lagi mahal dari pusing Bangkok selama sejam.Teruja tak? Teruja amat! Sampai lupa pesanan Ikhwan Ismail..Kalau ade yang offer murah tu ade sebab..Nak tau sebab? Continue please..Hahaha..
Dia bawak pegi sampai tepi lorong mane ntah..Bukak peta, dia cakap boleh 10THB tp kena singgah kedai tailor dan jewelery..Mereka ni akan dapat kupon gasoline bila bawak prospect customer ke sana..
Erghh...monolog dalaman la...Betul macam aku baca..So, korang yang nak pegi sana tu..Hati hati..
Aku berkeras jugak nak pegi MBK..dia cakap 100THB la..Aku dah bengang dengan pakcik tuktuk bangang ni..Aku rileks kejap..Guna minda yang Allah taala bagi ni..Selawat sikit..Okay..Aku decide untuk on jer ke kedai tu..tapi, hanya kedai kain tu jer..tailor la..Sebabnya, xkena macam tu..xtau nak cte kat orang nanti..So, aku cuba nasib lah..
Tuktuker tu pesan suruh tengok2 jer..xpayah beli..Okay..Aku masuk kedai tu..tengok2..usha2 kejap..Yang pedihnya, diorang akan paksa kau beli! Kau kena berkeras jgk taknak beli..Tapi, aku guna taktik lain + berkeras..Sila pm untuk tau taktik..haha..
Keluar je dari kedai tu..Aku cakap "MBK..MBK.."..Tuktuk tu muram je muka..Dia cakap okay..Aku sampai MBK..aku bagi dia 17THB..kesian..Xkan nak bagi singgit..Bagi la lebih 70sen..

Percayalah pada Allah, bukan pada pemain bola..hewhewhew...


Lupa nak bagitau..masa otw ke MBK tu aku ada snap satu gmbar macam satu stesen untuk cas motor kecik macam basikal tu..Tapi, dalam DSLR..nanti aku letak kat fb sebagai PUBLIC...
MBK ni rupa paras dia macam Times Square gtu la..Besar dan selesa lagi..Macam biasa..dalam tu, jual macam2..Dan, ade jugak jual borong kat situ..hooo, maleh nak cte..Sila datang tengok sendiri nanti..Kikiki..
Jam dah tunjuk nak pukul 7, Aku turun dari MBK..Ambik train kat ctu..Nama stesen kat ctu rasanya..BTS National Stadium..Bayar tiket ke Ratchathewi hanya 37THB jer..sistem BTS lagi senang dan friendly 
berbanding Malaysia..Khasnya untuk tourist..Jangan takut okayh..Bila tengok train tu punya laluan..aku kena turun tukar train dekat SIAM BTS..Senang jer..turun jer, pegi ke rail bersebelahan..Senang x?

Ni la Pedestrian Street kat MBK..ramai orang lepak2..Macam depan Sogo gtewww...
Siam memang power dalam bab advertising.Ni Iklan losyen kat pintu BTS.

Sampai Ratchathewi, aku turun tu nak pegi cari kedai halal yang ramai duk suggest iaitu Fareeda Fatoni..Aku agak, mesti dia ni dari Patani..Senang jer kedai dia..Turun tangga belah kiri, lintas jalan..Terus je ikut kiri..kedai belah kanan..Aku order nasi goreng ape ntah..lupa..Yang pasti, nasi lebih sebab kebulur gle woi!Owner dia tu pndai cakap melayu pelat siam kelantan..


Tengah duk makan sambil berbual2 dengan owner tu, dia suggest aku pegi ASIATIQUE..Cantik katanya..Actually, dia sebut aku dengar xjelas sangat..Yang aku dengar ialah Asiakecik dan Asiakick..Aku igt muay thai..
Jalan kaki ke Hotel.Sampai hotel.Rehat jap..Bukak Wifi hotel..Google la..
Asiakick Bangkok Thailand Free Boat Chao Phraya...
Ni memang cara aku google bila aku xpasti dengan sesuatu benda..Kau taruk je keyword yang kau paham dari explanation pakcik tadi tu..Sekali keluar ASIATIQUE punya website..Klik How to go? Nanti dia explain..dan boleh pakai BTS..Cuma, rajin rajin la jalan kaki..
ASIATIQUE ni tempat baru dibina..dia macam store utk SYARIKAT HINDIA TIMUR kot..aku pon lupa..Tapi,  aku ada snap History pasal tempat tu..Masa nak naik bot dari jeti Chao Phraya tu..Hati2, naik bot yang ada tulis.. ASIATIQUE FREE BOAT..tu gomen diorang punya Tourism punya..Bot lain, adalah berbayar..

Ni la boat yang free tu..Brader - brader semput macam saya, naik yang free je lerrrr....
Ni la Asiatique..Lawa jugak la tempatnya.
(Padahal lawa sebab naik bot free,kalau bayar..menyumpah juga..ye dak?)
Ni la Board History Asiatique tu..
Lawa dan Teruja.
Padahal kat I City ade..Berlagak,nak naik yang luar negara punya..HAHAAHA...
Malam hari, xde ape pon best masa perjalanan pergi ke Asiatique tu..Kelam Malam je lah..Sampai kat Asiatique..Memang lawa..Siap ade Roda Pusing Pusing tu lah..Macam Eye on Malaysia tu..Boleh lah tengok Bangkok di Malam hari..Cost dia 20THB..Layankan jer..Bila lagi nak naik..Aku ni, gayat sbonanya..Tapi, tahan je lah..Ajal maut tangan Allah..haha..

Okay.Tiket dah beli.Kena la naik..


Maafla..Abang datang sorang..Selalu la ade selfie selfie ni..Ampunnn....


Kedai - kedai kat Asiatique ni..Xpayah la membazir..Mahal..Baik beli kat Jatujak je...

Ni pekerja pekerja abang duk angkat buah kurma baru sampai dari Arabbb laa...

Pusing Pusing dalam benda alah tu dalam 10 15 minit..Turun, beratur la naik bot..Masa tu kaki aku dah start jerit "Tolong! Tolong!"..

Mampuih hang la kaki..Sabaq sat...


Balik macam biasa pakai train dan jalan kaki ke Hotel..Sampai hotel, pasang ekon no -3 juta darjah celcius..Bajet nak suh sejuk..Masuk toilet mandi..Solat..Makan roti sekeping..Pasang tv..Tido..Alhamdulillah..


P/S: Maaf, hanya ada gambar2 poyo sebab biasala..Anak bujang berjalan sorang2...






Kota Bharu - Sungai Kolok - Bangkok Part 1.

SOLO TRIP ni sebenarnya diinspirasi oleh perasaan sedih.Haha.Selepas apa yang berlaku, aku rasa perlunya aku chow kejap. Kan orang kata bila bersendirian boleh buat kita berfikir pasal kehidupan...
Okay, first skali...Memang aku plan untuk pergi 2 minggu selepas raya..Tapi, passport pulak menyorok..Jahanam betol! Cari jugak..Cari jugak.. Okay, kredit kepada Mama sbb jumpa itu buku merah selepas 3 hari..

Welcome tu Sungai Kolok braderrrrrr....



Preparation untuk solo trip, amatlah perlu..Sebab, kau kena tau..kat sana nanti..kau sorang sorang..buat keputusan satu kpala pkir utk kaki berjalan..Salah buat keputusan, maka akan bagi effect dekat expenses kau...
Aku banyak merujuk dari blog2 yang ade buat travelog ke sana..tp, x terjumpa yang solo pegi Bangkok. Credit sekali lagi kepada yayanrahman dan ikhwan ismail atau pembela budaya...Tak lupa jugak kepada kaki solotrip iaitu brader hud..Ada satu ayat aku dapat darinya iaitu "Siam ni memang pesen lembut, tapi kuat kencing".Memang hancing banyak masa kat sana..Nanti aku story...
Okay,aku pilih untuk naik train sbb poyo adventure..Padahal budget kecik xcukup beli tix AA...Hahaha..Tix train yang Special Express dari Sungai Kolok ke Bangkok harga 977THB dan dapat tempat tidur kat bawah..Siam ni xpandai english pon..Aku beli pon kena cakap macam ni..
Sleeping..Down..Okay..Sleeping Down..No up..No up..
Sambil tangan buat gaya tido dan tunjuk bawah..lepas tu, ,geleng2 kapla dan tunjuk lambang pangkah...Walau nampak bingai, xape..ni caranya..Cuma nasihat aku ambik la tix Special Express sebab dia xbrenti stesen kecik..Cepat la sikit..
Depan stesen keta api tu ada jalan besar..Kau belok kanan, terus jalan sampai jumpa kedai telco.Beli la satu sim kalau kau xlarat nak bayar roaming..Sim aku dah survey dari awal..so, aku pilih DTAC dan subscribe internet seminggu 1GB 199THB..Sim Kad tu harga 49THB jer..kau xkan myesal..Internet siam power gle bai...
Tepat pukul 2.20 waktu siam, train dh mula bergerak.Aku senyum sorang sorang sebab teruja la kan pegi Bangkok sendirian camneh..Takut? Ada la sikit..cuma aku anggap positif je la..Atas train, xbyk bnda bole buat..main henpon..tido..makan roti..tengok mini wat kat depan umah mereka.amek gmbar..tido lagi.bangun tunggu pukul 7..sebab pukuk 7, dia akan transform seat jadi katil..ni yang aku tunggu2..hehe..

power dak cara diorang?



Sampai di hatyai, dia akan brenti dalam setengah jam untuk tukar kepala train..Macam kat gemas la..Ade makcik2 pakai tudung naik jual pulut ayam..Aku nak beli, tapi makcik sorang tu cakap..Jangan beli, sebab diorang ni ada yang menyamar utk lariskan jualan..So, aku nasihatkan korang turun dan beli dekat stesen..Ade satu kedai juak pulut ayam kat tengah2 tu..Insyallah halal..
So, 30 minit lepas tu train bergerak..tido la sampai esok pagi..Bangun solat subuh atas katil..Sambung tido..Pukul 10 aku bangun, tengok2 dah kat bandar..So, aku siap2 barang nak turun..Bila tengok Google Maps, alamak! Ada 2 jam lagi baru sampai...
So, tunggu je lah..Sampai kat steseb bangkok dalam pukul 12.30 petang..Keluar je tu..Posing2 dkat signboard bangkok..Kuar dari stesen..Ambik TUKTUK..saje nk test..Kena la 100THB..Mahal ke x aku xtau, sebab baru je tengah nak blajor kan..

Gambar Versi Filem Bunohan...Ini Model Filem Bangkokan : Ibarat Sireh Pulang ke Gagang.


Terus menuju ke PRATUNAM...Hotel aku duduk ni namanya WHITE PALACE..100M jer dari Pratunam Market..Harga boleh tahan la..120 sehari untuk 2 katil single siap brekpez yang ada 3 je menu insyallah halal..Ye..Memang aku rugi kat sini..DAMN betul lah..Dinasihatkan xpayah la booked hotel bagai pakai agoda semua tu..Kat area sini, ,bersepah hotel budget..Atau cari je BOXSTER dalam agoda tu..baik untuk solo trip ni..150m je dr market..
Malam tu, aku terus pegi survey Platinun Fashion Mall..Mall ni macam Times Square la..cuma 80% barang wanita..so, aku naik untuk senyum sambil usha awek siam..HAHAHA..

Menangis brader2 tengok.Jangan bawak awek korang ke sini kalau rasa poket kurang tebal.


Balik dari platinum tu, aku amek TUKTUK lagi untuk ke Masjid Darul Aman..Sini banyak makanan halal..yang ni, memang hancing punya TUKTUK..150THB untuk 2.6Km..choii betol!

RM 15 untuk 2.6 KM..Bangsat abehhh brader tuktuk ni...

uuuu....nomnomnom...


Okay, siap makan..terus jalan kaki ke hotel dalam 1.3km..sebab apa aku tau exact distance? Sebab aku guna GMAPS DAN TRIP ADVISOR BANGKOK...Amatlah penting untuk anda..
Balik dan tido..Selamat Malam Krungthept..


P/s: Gambar ni semua dari henpon jer..nanti aku up kan lagi yang dari DSLR...







Benda Paling Xperlu Baca...

--Single

--Teruja dengan Adidas

--Bercita - cita memiliki seekor anak harimau untuk dipelihara selama seminggu

--Student Sport Management UiTM

--Nokia, Blackberry dan School of Upax

--Suka bunyi Kapal Terbang.zzzuuuuu......

--Suka Ponteng Kelas n pegi Klinik cari MC...

--Suka..suka...suka...

Kemusykilan Disini Jawapan

Yahoo Messenger Wontoron

Wontoron Pianunam

Wontoron Pianunam

Sesat kalo follow blog ni..haha